Alhamdulillah..result spm da pun kuar..aku
happy giler dpt result yang sedemikian even x tergolong dalam kategori pelajar
cemerlang..huhu..tapi hati ni still ade rase sedih sgt coz x dapat wat parents
happy..aku rase xbermakne result spm aku ni..rase mcm nak kuburkan dia dlm
tanah jep.. :'(
Ya Allah,aku syukur sgt sebab kau sentiasa
memahami diri ini..Namun begitu Ya Allah aku berharap sgt padaMu,,walaupun aku
bukannya kategori pelajar cemerlang,tapi ya Allah engkau masukkanlah aku dalam
golongan anak yg solehah..kerna aku tahu anak yg solehah itu semestinya
cemerlang.. :)
dan aku yakin,engkau menilai pada usaha yg
telah dilakukan bukannya pada hasilnya..
Manusia hanya memandang pada
hasil,yg kadang2 membuat kita rasa gah!
Ahahak..sebenarnya aku tak de la rasa down sangat..alhamdulillah
walaupun tak dapat straight A tpi dapat semua kredit pun bole la..huhu..terutamanya
subjek sains(bio,fiz,kim)hehe..nak tau tak,time spm aritu tiga hari sebelum nak
pekse subjek bio aku still lom wat ape-ape preparation,belajar pon orang kata
masuk telinga kanan keluar telinga kiri,,haishh tak le jadi ni..takkan la nak
dapat fail kot??huhu,,Then,aku pun wat la satu kerja gila,aku amik satu kertas
kajang,aku pun tulisla dengan tulisan kecik aku tu banyak2 full page 1 and
2..nak tau x aku tulis ape??Aku tulis
‘I love Bio’ ‘Saya suka belajar Bio’ ‘Bio sangat sukakan Saya’
‘Saya nak Bio’ ‘Bio nak saya’ ‘Terimalah saya Bio’ ‘Saya sayang Bio’ ‘I miss u
Biology’ ‘Biology is the Best’
Aku wat keje ni sampai aku pun da jadi xbetul satu hari tu..ni
semua xminat punya pasal..huh..xbole jadi jugak ni,then aku push diri ni jugak
untuk cuba memahami subjek biology ni..aku baca sehelai demi sehelai sampai aku
berjaya mengkhatamkan buku biology form 4 ngan form 5..time hari peperiksaan
aku xtahu apa yang aku da jawab,aku buat yang terbaik dan
seboleh-bolehnya..Last2 Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan gred B dalam
subjek ni..hehe..
Pastu hari selepas ambil result SPM,aku cuba muhasabah diri
ini,tuk mencari dimana silapnya dan cuba memikirkan What I want to be in my
Future..dalam hati ade la juga rasa kecewa sebab sepanjang aku sekolah menengah
xpernah sekali pun terima sebarang anugerah cemerlang dari pihak sekolah,so now
aku nak cuba buat terbaik kat university ni dan mendapatkan anugerah
Dekan..huhuh..insyaAllah..
Hrmm apa guna ada FB kalau xguna dengan sebaik-baiknya betul
x..Lebih kurang 20 lebih Rahsia kejayaan yang sempat tercatat..Ni semua adalah
tip-tip daripada pelajar-pelajar cemerlang setelah dipaksa oleh aku untuk di
interview..hehe..
Antaranya ialah,ni ha amik ko :
-Sentiasa enjoy untuk belajar
-Bantuan kawan-kawan
-Hablumminallah hablumminannas
(bila kita jaga 2 perkara ni,hati kita pun jadi tenang,then ape yg
kita belajar mudah nak masuk)
-Kalau tak faham terus tanya,jangan simpan2 nanti lupa..coz
penyakit ilmu tu adalah lupa!
-Kalau nak hafal ape2 mesti kena focus betul2..
-Minat dengan semua subjek
-Doa orang sekeliling
-Berkat tunjuk ajar kawan-kawan
-Awak tak boleh campur masalah dengan pembelajaran awak
-Keep praying to Allah
-Never give up
-Prinsip Law of Attraction (undang-undang daya tarikan)
Means: Apa yang ko fikirkan,itulah yang akan terjadi
-Berbeza orang,berbeza rezeki
-Usaha+Kawan2+Cikgu2+Rezeki
-Alert setiap masa,peka
-Cepat pick up
-Semangat belajar
-Tak buat benda lagho
-Pandai bahagikan masa
(masa yang ada pakai sebaiknya)
-Selalu minta maaf kat cikgu2 ngan kawan2
-Doa banyak
-More you give,More you get
Maksudnya: semakin banyak kita ajar
orang,semakin banyak yang kita akan dapat
Setelah mendengar nasihat kawan-kawan plus support mereka
semua,saya Nur Fatin Nabilah binti Khairuddin berazam untuk berusaha
bersungguh-sungguh lagi dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya dunia
akhirat dan saya akan cuba mendapatkan anugerah dekan di Universiti kelak..Keep
it up!For thing to change,I must change myself!!(wah!bagus2 mula semangat
Nampak..semangat ni la yang aku nak..)
Bak kata my Mentor Dr.Azizan Osman, kamu kalau nak berjaya kamu
mesti ade M.E.S.T.I
Apakah itu??
M- Mentor/Modelling
(nak berjaya mesti ada guru,nak berjaya mesti tiru orang yang da berjaya)
E- Elmu
(ilmu tentang emosi)
S- Sistem/Strategi
(yang ni paling penting sekali,,lianna bisakah dalam suatu medan peperangan itu berjaya tanpa ada strategi dan system yang teratur??sudah tentu bendera putih yang dikibar kelak.Sama juga dalam belajar,strategi mesti ada!terutamanya dalam membahagikan waktu.)
(yang ni paling penting sekali,,lianna bisakah dalam suatu medan peperangan itu berjaya tanpa ada strategi dan system yang teratur??sudah tentu bendera putih yang dikibar kelak.Sama juga dalam belajar,strategi mesti ada!terutamanya dalam membahagikan waktu.)
T- Tindakan
(fast action,fast result)
I –Impian/Intension/Izin Allah
(apa yang kita impikan itu akan tercapai dengan
izin Allah)
So,aku akan cuba buat yang terbaik dalam hidupku
ini.Belajar merupakan fardu ain,maka wajib kita mencari dan menuntutnya sampai
bila-bila..aku nak happy kan semua orang..yang paling penting wahai Fatin
Nabilah tetapkan niatmu itu belajar kerana Allah,Berjaya untuk Islam..Dunia
dicari,Akhirat lagila nak dicari..okayh!Jihad fi sabillillah..yeah.
