Sunday, 4 March 2012

Hukum Bermesej (SMS) antara Lelaki dan Perempuan yang Bukan Mahram

 


Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya seperti bertanyakan, "sedang buat apa?" "Suka warna apa?" atau "Saya suka tengok awak pakai baju ni," maka HUKUMnya tidak syak lagi adalah HARAM dalam Islam.
(Ustaz Azhar Idrus)

Hrmm,so far sebenarnya memang terasa la dengan kata2 ustaz azhar idrus ni..coz aku pun pernah wat camtu..kadang2 sampai merepek-repek..huh..Tapi bila difikirkan kenapala Allah mengharamkannya,,kerna ada banyak hikmahnya dan untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram..Oleh itu,sesiapa yang terasa jom sama2 kita berubah dan bertaubat sebelum terlambat,takkan la kita nak sentiasa hidup dalam kemurkaan Allah dan membuat sesuatu perkara yang dilarangnya..

Aku pun sekarang ni da takut da nak mesej ngan insan yang bergelar lelaki ni,,xkesah la kenal dia ke tidak..bukan apa,kadang2 kita just tanya kabar je,tapi dia pula yang fikir lebih2 and too excited..ade seh orang camni..aku xnak la bagi harapan palsu kat dia..Namun sebagai seorang manusia,kita sering alpa,lalai dan memandang remeh terhadap perkara ini..maka sekiranya telah sedar atas keterlanjuran itu,jangan sesekali berhenti memohon keampunan daripada-Nya..Sesungguhnya Allah maha Pengampun dan menerima taubat seseorang hamba-Nya itu..kepada Guys yang suka sangat kacau aku tolong la hentikan kalau tiada hal yang mustahak keh..Lau aku yang mulakan dulu sedarkanlah aku,kita hidup saling mengingati antara satu sama lain.. =)

Tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya kita menyukai seseorang itu,kerana sememangnya fitrah manusia suka akan pasangan yang berlainan jantina..Lelaki suka melihat perempuan dan perempuan juga suka melihat lelaki..Kerna itu,Allah mensyariatkan nikah bagi melunaskan keperluan hidup berpasangan..

Sekiranya belum masa usia bernikah,maka jaga pandangan daripada suka melihat kaum adam atau sebaliknya kerana dalam suatu hadis Nabi Muhammad berkata yang bermaksud:

"Sesiapa yang memejamkan matanya daripada melihat kecantikan seorang perempuan,maka Allah akan memberikannya rasa sedap ketika berbuat ibadah kepadaNya."

Peringatan ini ditujukan untuk diri sendiri dan saudara seagama ku yang Insya Allah hidup dalam lembayung rahmat Illahi..Justeru,elakkan diri daripada suka ke tempat-tempat yang ada berlainan jantina  melainkan kerana hajat yang perlu.Selain itu,berkawan dengan mereka yang ada sifat warak dan takwa.Rajinkan diri bagi hadir ke majlis-majlis agama supaya hati menjadi lebih jernih..

Wallahua'lam

Friday, 2 March 2012

Macam-Macam Hal la Sekarang Nih!

Sabda Rasulullah saw:-
"Apabila ada antara kalian yang dhaif, pergilah ke balik bukit, pungutlah kayu api dan ikatlah menjadi berkas-berkas. Pikullah belakang kamu lalu kau bawalah ke pasar untuk dijual. Itu adalah lebih mulia dari kamu meminta-minta, kerana kadang-kadang kamu dapat dan kadang-kadang kamu ditolak."

Kali ni aku nak post luahan perasaan aku dan pendapat aku mengenai orang yang suka minta sedekah ni..huhu..

Majoriti rakyat Malaysia sangat prihatin dengan masalah masyarakat sekeliling mereka..bagus la..Alhamdulillah!Tapi masalah sekarang ni ada sesetengah pihak yang suka ambil kesempatan..korang tau tak berapa income seorang pengemis jalanan dalam masa sebulan..lebih kurang mencecah beribu-ribu ringgit..banyakkan??kadang-kadang diorang ni ada ejen..kat kawasan rumah aku da berapa ramai da aku jumpa orang macam ni..

Kesian tu memang la kesian..Teringat aku time kat pasar malam..niat dihati memang nak kasi sedekah kat sorang hamba Allah ni..tapi bila tengok sederet pasar malam tu orang yang sama minta sedekah(orang buta la tak un cacat)..terus tak jadi..huhu..bukannya kedekut ke ape..tapi cuba korang fikir daripada bagi kat diorang nasib baik la bagi kat tabung-tabung masjid/surau,tukang cuci tandas ke pusat kebajikan or anak yatim ke..lagi bagus daripada bagi kat orang yang hanya meminta-minta ni..sekurang-kurangnya wang tu boleh la disalur melalui saluran yang betul..

Ni ada satu cerita lagi,mak long aku time tu kat rumah la,tetiba ada la seorang hamba Allah ni datang ke rumahnya minta sumbangan untuk dirikan sekolah maahad tahfiz..sambil tu dia ada la jual buku2 agama..lepas tu,bila mak long aku tengok je muka dia terus tak jadi,sebabnya kat hidung dia tu ada tindik subang..tak ke pelik namanya tu..ok aku tanya korang apa hukum sekiranya seseorang muslim itu menindik subang dihidung??ha jawab-jawab...kalau tak tahu cari jawapan sendiri..

Tapi yang aku sedihnya majoriti pengemis di Malaysia ni terdiri daripada orang Islam sendiri..apa la pandangan orang kafir terhadap agama kita ni..Diorang ni hanya memburukkan imej Islam je..tu pendapat aku la..sebenarnya banyak je lagi kerja halal yang boleh dibuat cuma diorang ni nak senang je minta2 kat orang..timbulkan la perasaan malu tu siket..

Kadang-kadang aku faham la juga,ada sesetengah orang tu dia terpaksa wat kerja2 camni,tapi di manakah peranan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan pemerdagangan orang??Nampaknya aktiviti seperti ini semakin menjadi-jadi lagi ade la ,bukannya semakin berkurang seperti yang diharapkan..haish..ok tu je la..bukannya nak kutuk tapi kenyataan..mana2 pihak yang terasa minta maaf eh..memberi sedekah ni tak salah malah sangat digalakkan dalam Islam..sebenarnya,banyak lagi benda lain yang boleh kita sumbangkan,tak semestinya dengan duit,right..

Akhir Zaman!!


Adakah sempat untuk kita bertemu apa yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW mengenai seorang khalifah akhir zaman dan turunnya Nabi Isa a.s yang akan membawa kemuliaan dan keadilan bagi seluruh umat manusia??
Fikir dan renungkanlah..

Lihatlah manusia akhir zaman!Inikah yang dikatakan..seperti buih dilautan??


Adakah kita masih tidak sedar?? 
.

Berapakah bilangan umat islam di pusat perjudian ini jika dibandingkan di masjid-masjid??



Siapakah yang patut bertanggungjawab untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini? 
Dimanakah PEMIMPIN ku yang dicari selama ini??
Dimanakah Dia??

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda :
Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum kiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku,yang namanya seperti namaku,nama bapanya seperti nama bapaku,ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Firman Allah dalam surah Ali-Imran  ayat 55 yang bermaksud :
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan. (55)

Jadi jawapannya adalah....
Insya Allah sempat untuk kita bertemu dengan mereka ini!!



palestin-gaza-doc
DUNIA yang penuh dengan kezaliman

Ramai manusia lupa akan nikmat yang paaling berharga Allah kurniakan kepada hambaNya..terutamanya nikmat masa lapang..Sediakah kita menjawab soalan yang bertubi-tubi dari sang pencipta?siapa kita nak mengkomplain masa yang Allah beri..Ada yang beri alasan mengatakan tak cukup masa untuk beribadat sedangkan Allah telah menyediakan waktu yang sangat mencukupi untuk kita.Masa adalah hak kepunyaan Allah..berdoalah agar kita diberi masa untuk beribadat kepadaNya bukan menggunakannya ke arah perkara yang dimurkaiNya..kita ade 24 jam dalam sehari..menurut saintis 8jam diperuntukan untuk tidur yang mencukupi..tambahan maklumat selebihnya dibahagi dua untuk mengerjakan perkara duniawi dan ukhrawi..




Maksiat pun semakin berleluasa!!

Kalaulah kita sedar betapa tingginya nikmat yang ALLAH anugerahkan, nescaya tidak ada satu alasan pun untuk derhaka kepada-Nya.Betul tak..