
Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.
Sekiranya seperti bertanyakan, "sedang buat apa?" "Suka warna apa?" atau "Saya suka tengok awak pakai baju ni," maka HUKUMnya tidak syak lagi adalah HARAM dalam Islam.
(Ustaz Azhar Idrus)
Hrmm,so far sebenarnya memang terasa la dengan kata2 ustaz azhar idrus ni..coz aku pun pernah wat camtu..kadang2 sampai merepek-repek..huh..Tapi bila difikirkan kenapala Allah mengharamkannya,,kerna ada banyak hikmahnya dan untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram..Oleh itu,sesiapa yang terasa jom sama2 kita berubah dan bertaubat sebelum terlambat,takkan la kita nak sentiasa hidup dalam kemurkaan Allah dan membuat sesuatu perkara yang dilarangnya..
Aku pun sekarang ni da takut da nak mesej ngan insan yang bergelar lelaki ni,,xkesah la kenal dia ke tidak..bukan apa,kadang2 kita just tanya kabar je,tapi dia pula yang fikir lebih2 and too excited..ade seh orang camni..aku xnak la bagi harapan palsu kat dia..Namun sebagai seorang manusia,kita sering alpa,lalai dan memandang remeh terhadap perkara ini..maka sekiranya telah sedar atas keterlanjuran itu,jangan sesekali berhenti memohon keampunan daripada-Nya..Sesungguhnya Allah maha Pengampun dan menerima taubat seseorang hamba-Nya itu..kepada Guys yang suka sangat kacau aku tolong la hentikan kalau tiada hal yang mustahak keh..Lau aku yang mulakan dulu sedarkanlah aku,kita hidup saling mengingati antara satu sama lain.. =)
Tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya kita menyukai seseorang itu,kerana sememangnya fitrah manusia suka akan pasangan yang berlainan jantina..Lelaki suka melihat perempuan dan perempuan juga suka melihat lelaki..Kerna itu,Allah mensyariatkan nikah bagi melunaskan keperluan hidup berpasangan..
Sekiranya belum masa usia bernikah,maka jaga pandangan daripada suka melihat kaum adam atau sebaliknya kerana dalam suatu hadis Nabi Muhammad berkata yang bermaksud:
"Sesiapa yang memejamkan matanya daripada melihat kecantikan seorang perempuan,maka Allah akan memberikannya rasa sedap ketika berbuat ibadah kepadaNya."
Peringatan ini ditujukan untuk diri sendiri dan saudara seagama ku yang Insya Allah hidup dalam lembayung rahmat Illahi..Justeru,elakkan diri daripada suka ke tempat-tempat yang ada berlainan jantina melainkan kerana hajat yang perlu.Selain itu,berkawan dengan mereka yang ada sifat warak dan takwa.Rajinkan diri bagi hadir ke majlis-majlis agama supaya hati menjadi lebih jernih..
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment