Tuesday, 23 October 2012

Penebang Pokok dan Kapak Tumpul




AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu
menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya.
Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan,
penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin
demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja,
majikannya memberikan sebilah kapak
dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan
dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja,
dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok.
Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik,
majikan itu memberikan pujian kepadanya.

“Hasil kerjamu sungguh luar biasa!
Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu.
Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini.
Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.

Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi
untuk terus melaksanakan kerjanya.
Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi,
tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok.

Hari ketiga pula,
dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan
bahkan mengecewakan.
Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya.

“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku,
bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,”
fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.

Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk
lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu.
Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi.

Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?”

“Mengasah kapak?
Saya tidak mempunyai masa untuk itu,
saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok
dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu.

“Nah, di sinilah masalahnya.
Ingat, hari pertama kamu kerja?
Dengan kapak baru yang terasah tajam,
maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa."

“Hari-hari berikutnya,
dengan tenaga yang sama,
menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah,
kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun.
Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu,
supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama
dan hasil yang maksimum.
Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!” perintah majikan.

Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih,
penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Sebenarnya betullah kata bijak pandai.
Istirahat bukan bererti berhenti,
tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar.
Sama seperti penebang pokok itu,
kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari,
seolah-olah terjebak dalam kesibukan.

Sibuk, sibuk dan sibuk,
sehingga sering kali kita lupa untuk berehat
iaitu istirehat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru
untuk menambah pengetahuan,
wawasan apa lagi soal spiritual,
ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi.
Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain,
tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri,
dengan bermuhasabah,
bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca.

Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja
sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita.
Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian,
malah ilmu diri kita sendiri.

Dari mana kita datang,
di mana kita sekarang,
apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia
dan selepas ini ke mana kita akan pergi.
Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu
dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian
barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam,
dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Renung-renungkan...

¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)

Thursday, 20 September 2012

Tolong Berhenti Melucahkan Diri Sendiri Wahai Kaum Hawa

Leman: Fuiiyoo...Mat kau tengok couple tu Mat...tengok awek dia..?
Mat: Mana..? Mana..?
Leman: Tuu...yang awek pakai seluar colour pink tu...!
Mat: Perrgghhh..!! Stim aku tengok beb...SENDAT gilerrrr seluar..!!
Leman: Sporting giler boyfren dia...rileks je awek dia pakai cam tu..
Mat: Kalau kau...kau nak tak awek kau pakai seksi cam tu..?
Leman: Awek aku..?? Tidak ! Tidak !
Mat: Apasal pula kau taknak ? Seronok apa ada awek seksi ?
Leman: Awek aku pakai sendat-sendat, lepas tu bagi orang ramai 'cuci mata'. Gilerrr..!
Mat: Eloklah bagi orang ramai tengok, rasa bangga siottt..!
Leman: Awek tayang body, rasa bangga..??? Memang bodoh la jantan macam tu..?

#Ramai lelaki hensem,tetapi dayus daa...Teguran anda amat bermakna!!Jangan biarkan bini,adik2 perempuan,kakak anda terus mendedahkan aurat kerana diakhirat kelak anda juga akan turut terseksa!!


 

Terdapat 6 situasi di mana kita boleh menyaksikan perempuan-perempuan Melayu 'free hair' tegar atau perempuan-perempuan Melayu 'kaki malas' bertudung tiba-tiba memakai tudung mereka :
  1. Menziarah jenazah atau ke kubur.
  2. Bernikah di surau atau masjid.
  3. Di majlis doa selamat,solat hajat atau bacaan Yassin.
  4. Masa Ramadhan atau hari raya.
  5. Di pejabat di mana 99% rakan mereka bertudung.
  6. Dalam filem/drama memegang watak Muslimah.
Bertudung/menjaga aurat tu WAJIB sama macam Solat 5 Waktu. Apa pasal pula timbul isu pakai tudung ikut situasi?ish3..astaghfirullah

Wednesday, 19 September 2012

Merdeka!Merdeka!MerdekA

   Baru-baru ni, ayah Wan iaitu pensyarahku yang masih single n available suroh kami wat satu persembahan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun ni..dia kata sape yang terlibat dalam persembahan akan dapat markah bonus untuk subjek kenegaraan dan kemasyarakatan ni..so sume dak kelas aku terlibat..pada mulanya nak wat lakonan,skrip watak sume da siap..pahtu haish xjadi la pulak..macam2 masalah la..last2 kami pun buatla persembahan koir dengan sajak..(actually aku lagi suka wat koir daripada lakonan..hahah..xde r aku nerves sangat uhuhuk!)
   
   Aku ni antara manusia yang xsuke wat persembahan depan orang ramai ni,,mang aku xsuke la!namun ape kan daya..demi menghiburkan hati kawan2 yang aku sayangi aku rela memberanikan diri yang pemalu ini…ahahaha..
   
   Alhamdulillah selesai suda persembahan pada hari yang dinanti-nantikan itu, walaupun ade sedikit kekurangan tapi bagi aku itulah yang terbaik..segala usaha kami kire berbaloi la juga..minggu tu aku kata,minggu yang memang padat giler r..dengan test,quiz nye lagi!ya Allah hanya Kau je yang tau betapa serabutnye aku time tu..tapi aku bersyukur sesangat sebab sume kawan2 aku bg kerjasama dan bersemangat untuk menjayakan benda alah ni..Terima kasih kawan-kawan sebab memudahkan urusan saya..dalam diam,sebenarnya aku ni ha yang selalu datang lambat time wat latihan huhu..xpatot2..minta maaf eh sume ;p

   Musfirah, Aqilah, Alia, Anis bunga, Shahira, Saadah, Anura, Awa, Azma, Fasiha, Najwa, Ira, Ina, Amy, Hanis, Najihah, Maryam, Afiqah, Syikin, Faten, Liza, Nadhirah, Naqiah, Azie, Nani, Nasuha, Faizah, Zafirah, 'Afwa, Natrah, Saufi, Fitri, Syed, Imran, Taufiq, Amin, Izzat..Mereka ni sume la classmate aku..semoga ukhwah yang kita bina selama ini berkekalan sampai bebile dan mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat <3 <3<3 Ana uhibbu antum wa antunna lillahi taala

Thursday, 28 June 2012

Diari UniSZA


Haish lama sungguh tak update blog ni.Takde masa kot semenjak dok UNISZA yg barokah ni..hehe..so far sepanjang aku tinggal kat sini ok2 je..lebih best dari smkaks ;p..belaja pun takde r pressure sangat..lecturer nye pun baik2 belaka.Tapi asik xde class jep,so terpaksala ganti nanti..Kawan2 kat sini tokseh cite r..sume sporting,cheerful,baik,penyayang,pemurah,kuat beribadat,saling membantu dan best r..tak terungkap dengan kata2..kat sini aku amik diploma in marketing..tak tau la lepas ni jadi ape pulakkan..kadang2 lain yang dibelajar,lain yang menjadi..


U know,I dapat blok asrama lama terpisah dengan ezah,aqila n zara..huhu.Diorang dapat dok blok baru woO..ish3 jelez la jugak..tapi takpe,tak kesah pun..wekk!even kat blok aku ni kekurangan kemudahan jika nak dibandingkan dengan blok baru..Tapi terasa dok kat sini ikatan ukhuwah tu lebih kuat dan erat gitu.Ni nak cita,ade sorang kawan aku ni dia dok tingkat sama ngan aku..aku pun tak tau apela hobi dia ni kan..asal dia nak pegi toilet je mesti dia ketuk pintu bilik aku,bile aku bukak pintu je tengok2 orangnye takde.Ish3 rasa2nye mesti dia lari masuk toilet cepat2 ni..kah kah kah!atiqah2..Depan bilik aku ni pulak,senior yang duduk.Akak Keyra u are the best r..pandai akak main gitar!^^


Satu bilik 2 orang je..Roomate aku ni orang kelate.Ape dia cakap kadang2 aku pun tak bape faham.so layan je la..nama dia farahin tapi panggil farah..dak maahad beb,tapi dia biasa2 je.Amik diploma syariah..spm dia hebat la jugak dapat 8A..umo baru je 17 taon tapi da masuk U. Untungla dapat lompat taon..hehe..ni aku tengah tulis blog guna laptop dia la..baru beli jenama ASUS..aku belum ade lagi.Insya Allah in coming soon..mak aku kata tunggu lepas raya baru beli laptop,alamat taon ni kena kumpul duit raya r..ahakss!


Ni nak cite lg,ada r sorang kawan aku ni nama dia Farahiyah Amirah bt Muhammad Razali (betul ke ejaan nama awk tu??lau salah sori eh.) Aku panggil dia farah,tapi dia kata dia kurang redo dgn panggilan tu sebab ade la..actually dia gelar dirinya kak long..aku pun tak tau kenapa la dia suke sangat nama tuh.Tapi aku panggil jugak dia farah,tak biasa la panggil awak kak long rasa cam muda sangat diri ni.Lagi satu saya nak awak sentiasa happy,takmo sedih2 au..nama tu kan doa untuk diri kita..First time aku jumpa dia dekat alam maya MFB.Dia yg add aku dulu,pasalnya aku p add pakwe dia..mana aku tau yang tu pakwe dia..hahah..gurau je wak..Dia ni orang berpolitik siket..sumenye dia tau!kadang2 pegi event tu la ini la..macam2!time keputusan upu kuar,aku tanye dia, ‘dapat mana?’pastu dia pun katala ‘dapat unisza’..ya Allah time tu terkejut giler,tak sangka lak dapat sama ngan dia..haha..satu blok pulak tu nasib baikla tak sama bilik..Farah ni baik la jugak friendly orangnye dok kat terengganu je..Aritu dia bawak aku p pasar malam ngan pejabat pos naik motor TBB7644..dia bawak moto pergh bole tahan la jugak..keh3..time tu kuar aku terlupa nak bawak duit,pastu dia p belanja aku,aduh malu kot..da r baru kenal,siap belanja lak tu..thank u la..bile minum coconut shake teringat kat awk..haha..Tapii..sedih r bile teringat dia nak sambung study kat jordan bulan 9 nanti..pasni mmg tak la jumpa dia..hope,farah jaga diri elok2 kat sana and all the best to u!don’t forget me keh..

Continue….

Friday, 4 May 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang Ke-18 Tahun

Pejam celik,sekejap je da pun masuk bulan 5..Kali ni aku nak share doa hari  lahir kat antum wa antunna semua memandangkan birthday aku baru je lepas..haha..24 April yang lalu..Mudah-mudahan dapat memberi manfaat buat kita semua.

Bismillahirrahmanirrahim,,

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amiin Ya Rabbal 'Alamin


Sunday, 29 April 2012

KAWAN-KAWAN DOAKAN SAYA BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT =)

Alhamdulillah..result spm da pun kuar..aku happy giler dpt result yang sedemikian even x tergolong dalam kategori pelajar cemerlang..huhu..tapi hati ni still ade rase sedih sgt coz x dapat wat parents happy..aku rase xbermakne result spm aku ni..rase mcm nak kuburkan dia dlm tanah jep.. :'(

Ya Allah,aku syukur sgt sebab kau sentiasa memahami diri ini..Namun begitu Ya Allah aku berharap sgt padaMu,,walaupun aku bukannya kategori pelajar cemerlang,tapi ya Allah engkau masukkanlah aku dalam golongan anak yg solehah..kerna aku tahu anak yg solehah itu semestinya cemerlang.. :)

dan aku yakin,engkau menilai pada usaha yg telah dilakukan bukannya pada hasilnya..

Manusia hanya memandang pada hasil,yg kadang2 membuat kita rasa gah!

Ahahak..sebenarnya aku tak de la rasa down sangat..alhamdulillah walaupun tak dapat straight A tpi dapat semua kredit pun bole la..huhu..terutamanya subjek sains(bio,fiz,kim)hehe..nak tau tak,time spm aritu tiga hari sebelum nak pekse subjek bio aku still lom wat ape-ape preparation,belajar pon orang kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri,,haishh tak le jadi ni..takkan la nak dapat fail kot??huhu,,Then,aku pun wat la satu kerja gila,aku amik satu kertas kajang,aku pun tulisla dengan tulisan kecik aku tu banyak2 full page 1 and 2..nak tau x aku tulis ape??Aku tulis

‘I love Bio’ ‘Saya suka belajar Bio’ ‘Bio sangat sukakan Saya’ ‘Saya nak Bio’ ‘Bio nak saya’ ‘Terimalah saya Bio’ ‘Saya sayang Bio’ ‘I miss u Biology’ ‘Biology is the Best’

Aku wat keje ni sampai aku pun da jadi xbetul satu hari tu..ni semua xminat punya pasal..huh..xbole jadi jugak ni,then aku push diri ni jugak untuk cuba memahami subjek biology ni..aku baca sehelai demi sehelai sampai aku berjaya mengkhatamkan buku biology form 4 ngan form 5..time hari peperiksaan aku xtahu apa yang aku da jawab,aku buat yang terbaik dan seboleh-bolehnya..Last2 Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan gred B dalam subjek ni..hehe..

Pastu hari selepas ambil result SPM,aku cuba muhasabah diri ini,tuk mencari dimana silapnya dan cuba memikirkan What I want to be in my Future..dalam hati ade la juga rasa kecewa sebab sepanjang aku sekolah menengah xpernah sekali pun terima sebarang anugerah cemerlang dari pihak sekolah,so now aku nak cuba buat terbaik kat university ni dan mendapatkan anugerah Dekan..huhuh..insyaAllah..

Hrmm apa guna ada FB kalau xguna dengan sebaik-baiknya betul x..Lebih kurang 20 lebih Rahsia kejayaan yang sempat tercatat..Ni semua adalah tip-tip daripada pelajar-pelajar cemerlang setelah dipaksa oleh aku untuk di interview..hehe..

Antaranya ialah,ni ha amik ko :

-Sentiasa enjoy untuk belajar

-Bantuan kawan-kawan

-Hablumminallah hablumminannas
(bila kita jaga 2 perkara ni,hati kita pun jadi tenang,then ape yg kita belajar mudah nak masuk)

-Kalau tak faham terus tanya,jangan simpan2 nanti lupa..coz penyakit ilmu tu adalah lupa!

-Kalau nak hafal ape2 mesti kena focus betul2..

-Minat dengan semua subjek

-Doa orang sekeliling

-Berkat tunjuk ajar kawan-kawan

-Awak tak boleh campur masalah dengan pembelajaran awak

-Keep praying to Allah

-Never give up

-Prinsip Law of Attraction (undang-undang daya tarikan)
Means: Apa yang ko fikirkan,itulah yang akan terjadi

-Berbeza orang,berbeza rezeki

-Usaha+Kawan2+Cikgu2+Rezeki

-Alert setiap masa,peka

-Cepat pick up

-Semangat belajar

-Tak buat benda lagho

-Pandai bahagikan masa
(masa yang ada pakai sebaiknya)

-Selalu minta maaf kat cikgu2 ngan kawan2

-Doa banyak 

-More you give,More you get
Maksudnya: semakin banyak kita ajar orang,semakin banyak yang kita akan dapat

Setelah mendengar nasihat kawan-kawan plus support mereka semua,saya Nur Fatin Nabilah binti Khairuddin berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya dunia akhirat dan saya akan cuba mendapatkan anugerah dekan di Universiti kelak..Keep it up!For thing to change,I must change myself!!(wah!bagus2 mula semangat Nampak..semangat ni la yang aku nak..)

Bak kata my Mentor Dr.Azizan Osman, kamu kalau nak berjaya kamu mesti ade M.E.S.T.I
Apakah itu??

M- Mentor/Modelling
            (nak berjaya mesti ada guru,nak berjaya mesti tiru orang yang da berjaya)

E- Elmu
            (ilmu tentang emosi)

S- Sistem/Strategi
(yang ni paling penting sekali,,lianna bisakah dalam suatu medan peperangan itu berjaya tanpa ada strategi dan system yang teratur??sudah tentu bendera putih yang dikibar kelak.Sama juga dalam belajar,strategi mesti ada!terutamanya dalam membahagikan waktu.)

T- Tindakan
            (fast action,fast result)

I –Impian/Intension/Izin Allah
(apa yang kita impikan itu akan tercapai dengan izin Allah)

So,aku akan cuba buat yang terbaik dalam hidupku ini.Belajar merupakan fardu ain,maka wajib kita mencari dan menuntutnya sampai bila-bila..aku nak happy kan semua orang..yang paling penting wahai Fatin Nabilah tetapkan niatmu itu belajar kerana Allah,Berjaya untuk Islam..Dunia dicari,Akhirat lagila nak dicari..okayh!Jihad fi sabillillah..yeah.

Tuesday, 10 April 2012

SEMUT :)


Hari ni aku nak kongsi ilmu tentang rawatan mudah apabila telinga kita dimasuki serangga. Orang kata la,bila ulat-ulat kecil seperti semut dan serangga lain masuk ke telinga,nanti telinga kita akan terasa berdesing dan sakit teramat sangat..ye ke??sebab aku tak pernah alami situasi sebegini..Hrmm,jika korang alami situasi sebegini,jangan salahkan si makhluk kecil itu sebab mungkin serangga ini tersesat memasuki telinga..ni ade pulak orang maki hamun,kutuk2la kata macam2la wat dosa je..sedangkan makhluk tu tak bersalah pun..huhu..ciannye semut..

Antara petua untuk merawatnya…Jeng,jeng,jenGG…

Contohla,jika telinga KIRI  kita yang dimasuki semut,tutup lubang telinga kanan dengan jari kanan,pastu pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut.. :)

Masa ketika-tiga pancaindera itu tertutup,bernafas panjang2 seberapa yang boleh ok!Dengan cara ini semut atau serangga itu akan tertolak keluar oleh desakan angin pernafasan yang mendesak melalui lubang telinga yang ada serangga itu.
Ada juga cara lain yang boleh diguna..
  • Kalau kejadiannya di dalam rumah, arahkan lubang telinga ke lampu.
  • Kalau siang hari, arahkan lubang telinga ke sinar matahari.
  • Kalau berjalan di kebun malam2, arahkan lampu picit kearah lubang telinga.
  • Kalau lagi berkendaraan motor, buka helmet cari sumber cahaya, arahkan lubang telinga ke sumber cahaya terdekat .




Kenapa mesti arahkan lubang telinga diarahkan ke cahaya. Semut kalau tersesat dalam kegelapan akan selalu mencari sumber cahaya, kalau lubang telinga dihalakan ke cahaya, pasti semut akan keluar ke arah sumber cahaya.
Lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya!!selamat mencuba ye..

Hrmm,,alang-alang cite pasal semut ni,aku nak kongsi lagi satu ilmu..tentang makanan yang dimasuki semut..Masuk lagi…semut ni memang suka main terjah je eh..huhu..xpe2 nasib baik dia ni makhluk Allah..lau takkk…cewah xde ape la..

Okayh,semut yang masuk ke dalam makanan memang perlu dibuang,tapi makanan itu masih boleh dimakan kerana yang dilarang adalah memakan semut ataupun serangga yang dianggap keji..Tiada larangan makan makanan itu selepas sahaja semut itu dibuang..ok.. :)

Wallahua’lam..

Sunday, 4 March 2012

Hukum Bermesej (SMS) antara Lelaki dan Perempuan yang Bukan Mahram

 


Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya seperti bertanyakan, "sedang buat apa?" "Suka warna apa?" atau "Saya suka tengok awak pakai baju ni," maka HUKUMnya tidak syak lagi adalah HARAM dalam Islam.
(Ustaz Azhar Idrus)

Hrmm,so far sebenarnya memang terasa la dengan kata2 ustaz azhar idrus ni..coz aku pun pernah wat camtu..kadang2 sampai merepek-repek..huh..Tapi bila difikirkan kenapala Allah mengharamkannya,,kerna ada banyak hikmahnya dan untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram..Oleh itu,sesiapa yang terasa jom sama2 kita berubah dan bertaubat sebelum terlambat,takkan la kita nak sentiasa hidup dalam kemurkaan Allah dan membuat sesuatu perkara yang dilarangnya..

Aku pun sekarang ni da takut da nak mesej ngan insan yang bergelar lelaki ni,,xkesah la kenal dia ke tidak..bukan apa,kadang2 kita just tanya kabar je,tapi dia pula yang fikir lebih2 and too excited..ade seh orang camni..aku xnak la bagi harapan palsu kat dia..Namun sebagai seorang manusia,kita sering alpa,lalai dan memandang remeh terhadap perkara ini..maka sekiranya telah sedar atas keterlanjuran itu,jangan sesekali berhenti memohon keampunan daripada-Nya..Sesungguhnya Allah maha Pengampun dan menerima taubat seseorang hamba-Nya itu..kepada Guys yang suka sangat kacau aku tolong la hentikan kalau tiada hal yang mustahak keh..Lau aku yang mulakan dulu sedarkanlah aku,kita hidup saling mengingati antara satu sama lain.. =)

Tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya kita menyukai seseorang itu,kerana sememangnya fitrah manusia suka akan pasangan yang berlainan jantina..Lelaki suka melihat perempuan dan perempuan juga suka melihat lelaki..Kerna itu,Allah mensyariatkan nikah bagi melunaskan keperluan hidup berpasangan..

Sekiranya belum masa usia bernikah,maka jaga pandangan daripada suka melihat kaum adam atau sebaliknya kerana dalam suatu hadis Nabi Muhammad berkata yang bermaksud:

"Sesiapa yang memejamkan matanya daripada melihat kecantikan seorang perempuan,maka Allah akan memberikannya rasa sedap ketika berbuat ibadah kepadaNya."

Peringatan ini ditujukan untuk diri sendiri dan saudara seagama ku yang Insya Allah hidup dalam lembayung rahmat Illahi..Justeru,elakkan diri daripada suka ke tempat-tempat yang ada berlainan jantina  melainkan kerana hajat yang perlu.Selain itu,berkawan dengan mereka yang ada sifat warak dan takwa.Rajinkan diri bagi hadir ke majlis-majlis agama supaya hati menjadi lebih jernih..

Wallahua'lam

Friday, 2 March 2012

Macam-Macam Hal la Sekarang Nih!

Sabda Rasulullah saw:-
"Apabila ada antara kalian yang dhaif, pergilah ke balik bukit, pungutlah kayu api dan ikatlah menjadi berkas-berkas. Pikullah belakang kamu lalu kau bawalah ke pasar untuk dijual. Itu adalah lebih mulia dari kamu meminta-minta, kerana kadang-kadang kamu dapat dan kadang-kadang kamu ditolak."

Kali ni aku nak post luahan perasaan aku dan pendapat aku mengenai orang yang suka minta sedekah ni..huhu..

Majoriti rakyat Malaysia sangat prihatin dengan masalah masyarakat sekeliling mereka..bagus la..Alhamdulillah!Tapi masalah sekarang ni ada sesetengah pihak yang suka ambil kesempatan..korang tau tak berapa income seorang pengemis jalanan dalam masa sebulan..lebih kurang mencecah beribu-ribu ringgit..banyakkan??kadang-kadang diorang ni ada ejen..kat kawasan rumah aku da berapa ramai da aku jumpa orang macam ni..

Kesian tu memang la kesian..Teringat aku time kat pasar malam..niat dihati memang nak kasi sedekah kat sorang hamba Allah ni..tapi bila tengok sederet pasar malam tu orang yang sama minta sedekah(orang buta la tak un cacat)..terus tak jadi..huhu..bukannya kedekut ke ape..tapi cuba korang fikir daripada bagi kat diorang nasib baik la bagi kat tabung-tabung masjid/surau,tukang cuci tandas ke pusat kebajikan or anak yatim ke..lagi bagus daripada bagi kat orang yang hanya meminta-minta ni..sekurang-kurangnya wang tu boleh la disalur melalui saluran yang betul..

Ni ada satu cerita lagi,mak long aku time tu kat rumah la,tetiba ada la seorang hamba Allah ni datang ke rumahnya minta sumbangan untuk dirikan sekolah maahad tahfiz..sambil tu dia ada la jual buku2 agama..lepas tu,bila mak long aku tengok je muka dia terus tak jadi,sebabnya kat hidung dia tu ada tindik subang..tak ke pelik namanya tu..ok aku tanya korang apa hukum sekiranya seseorang muslim itu menindik subang dihidung??ha jawab-jawab...kalau tak tahu cari jawapan sendiri..

Tapi yang aku sedihnya majoriti pengemis di Malaysia ni terdiri daripada orang Islam sendiri..apa la pandangan orang kafir terhadap agama kita ni..Diorang ni hanya memburukkan imej Islam je..tu pendapat aku la..sebenarnya banyak je lagi kerja halal yang boleh dibuat cuma diorang ni nak senang je minta2 kat orang..timbulkan la perasaan malu tu siket..

Kadang-kadang aku faham la juga,ada sesetengah orang tu dia terpaksa wat kerja2 camni,tapi di manakah peranan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan pemerdagangan orang??Nampaknya aktiviti seperti ini semakin menjadi-jadi lagi ade la ,bukannya semakin berkurang seperti yang diharapkan..haish..ok tu je la..bukannya nak kutuk tapi kenyataan..mana2 pihak yang terasa minta maaf eh..memberi sedekah ni tak salah malah sangat digalakkan dalam Islam..sebenarnya,banyak lagi benda lain yang boleh kita sumbangkan,tak semestinya dengan duit,right..

Akhir Zaman!!


Adakah sempat untuk kita bertemu apa yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW mengenai seorang khalifah akhir zaman dan turunnya Nabi Isa a.s yang akan membawa kemuliaan dan keadilan bagi seluruh umat manusia??
Fikir dan renungkanlah..

Lihatlah manusia akhir zaman!Inikah yang dikatakan..seperti buih dilautan??


Adakah kita masih tidak sedar?? 
.

Berapakah bilangan umat islam di pusat perjudian ini jika dibandingkan di masjid-masjid??



Siapakah yang patut bertanggungjawab untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini? 
Dimanakah PEMIMPIN ku yang dicari selama ini??
Dimanakah Dia??

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda :
Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum kiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku,yang namanya seperti namaku,nama bapanya seperti nama bapaku,ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Firman Allah dalam surah Ali-Imran  ayat 55 yang bermaksud :
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan. (55)

Jadi jawapannya adalah....
Insya Allah sempat untuk kita bertemu dengan mereka ini!!



palestin-gaza-doc
DUNIA yang penuh dengan kezaliman

Ramai manusia lupa akan nikmat yang paaling berharga Allah kurniakan kepada hambaNya..terutamanya nikmat masa lapang..Sediakah kita menjawab soalan yang bertubi-tubi dari sang pencipta?siapa kita nak mengkomplain masa yang Allah beri..Ada yang beri alasan mengatakan tak cukup masa untuk beribadat sedangkan Allah telah menyediakan waktu yang sangat mencukupi untuk kita.Masa adalah hak kepunyaan Allah..berdoalah agar kita diberi masa untuk beribadat kepadaNya bukan menggunakannya ke arah perkara yang dimurkaiNya..kita ade 24 jam dalam sehari..menurut saintis 8jam diperuntukan untuk tidur yang mencukupi..tambahan maklumat selebihnya dibahagi dua untuk mengerjakan perkara duniawi dan ukhrawi..




Maksiat pun semakin berleluasa!!

Kalaulah kita sedar betapa tingginya nikmat yang ALLAH anugerahkan, nescaya tidak ada satu alasan pun untuk derhaka kepada-Nya.Betul tak..

Sunday, 19 February 2012

UCAPAN HAPPY NATAL OR SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA ORANG KAFIR

Yusuf : Bagaimana natalmu ?

Josef : Baik,tidakkah engkau mengucapkan selamat natal padaku ?

Yusuf : Tidak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu, Tapi masalah ini, Agama saya melarangnya.

Josef : tapi kenapa, bukankah hanya sekedar kata2 ? Teman muslimku yg lain, Mengucapkannya padaku ?

Yusuf : Mungkin mereka belum mengetahuianya, Josef, Kau boleh Mengucapkan dua kalimat Syahadat ?

Josef : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya... Itu akan mengganggu kepercayaan saya...

Yusuf : Kenapa ? Bukankah hanya Kata2 ? ucapkanlah Happy ...

Josef ; sekarang , baru saya faham...













Ulama' Sepakat: Haram Mengucapkan Selamat Natal
Sebagaimana dari Ibnul Qayyim dalam bukunya Ahkam Ahlu Dzimmah:

”Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal, pen) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini boleh selamat dari kekafiran, namun dia tidak akan lolos dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.

Banyak orang yang kurang faham agama terjatuh dalam hal tersebut. Orang-orang semacam ini tidak mengetahui keburukan dari amalan yang mereka perbuat. Oleh karena itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia pantas mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”[24]

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ’Utsaimin mengatakan, ”Ucapan selamat hari natal atau ucapan selamat lainnya yang berkaitan dengan agama kepada orang kafir adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama.”[25]


Sesungguhnya umat Kristiani telah berlaku lancang kepada Allah dengan menuduh-Nya telah mengangkat seorang hamba dan utusan-Nya sebagai anak-Nya yang mewarisi sifat-sifat-Nya. Kerana ucapan mereka ini, hampir-hampir langit dan bumi pecah kerananya.


"Dan mereka berkata: 'Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak'. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, karena mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba." (QS. Maryam: 88-93)

Haramnya mengucapkan selamat kepada kaum kuffar sehubungan dengan hari raya agama mereka, sebagaimana dipaparkan oleh Ibnul Qayyim, karena dalam hal ini terkandung pengakuan terhadap simbol-simbol kekufuran dan rela terhadap hal itu pada mereka walaupun tidak rela hal itu pada dirinya sendiri. Kendati demikian, seorang muslim diharamkan untuk rela terhadap simbol-simbol kekufuran atau mengucapkan selamat terhadap simbol-simbol tersebut atau lainnya, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak meredainya, sebagaimana firmanNya.

"Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredai kekafiran bagi hambaNya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredai bagimu kesyukuranmu itu." [Az-Zumar: 7]

Dalam ayat lain disebutkan,
“Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredai Islam itu jadi agamamu " [Al-Ma'idah : 3]
.
Maka, mengucapkan selamat kepada mereka hukumnya haram, baik itu ikut serta dalam pelaksanaannya mahupun tidak.

 Jika mereka mengucapkan selamat hari raya mereka kepada kita, hendaknya kita tidak menjawabnya, kerana itu bukan hari raya kita, bahkan hari raya itu tidak diredai Allah SWT, baik itu merupakan bid'ah atau memang ditetapkan dalam agama mereka. Namun sesungguhnya itu telah dihapus dengan datangnya agama Islam, yaitu ketika Allah mengutus Muhammad SAW untuk semua makhluk, Allah telah berfirman,

"Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi. " [Ali Imran : 85)]

Maka,haram hukumnya seorang muslim membalas ucapan selamat dari mereka, kerana ini lebih besar dari mengucapkan selamat kepada mereka,dan bererti ikut serta dalam perayaan mereka

Saturday, 18 February 2012

KECEWA HADIAH DARI ALLAH..

:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

:: sebab......?? ::
(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu
...
:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI-HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita ♥~

Insya-Allah..(✿◠‿◠Wink

Thursday, 16 February 2012

12 BARISAN

Rasanya semua orang dah tahu mengenai hadis ini..tapi xpe ini sekadar peringatan dan perkongsian ilmu sahaja..

Bismillahirahmanirahim. Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah an-Naba’:1

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut :

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang- orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih