Sabda Rasulullah saw:-
"Apabila ada antara kalian yang dhaif, pergilah ke balik bukit, pungutlah kayu api dan ikatlah menjadi berkas-berkas. Pikullah belakang kamu lalu kau bawalah ke pasar untuk dijual. Itu adalah lebih mulia dari kamu meminta-minta, kerana kadang-kadang kamu dapat dan kadang-kadang kamu ditolak."
Kali ni aku nak post luahan perasaan aku dan pendapat aku mengenai orang yang suka minta sedekah ni..huhu..
Majoriti rakyat Malaysia sangat prihatin dengan masalah masyarakat sekeliling mereka..bagus la..Alhamdulillah!Tapi masalah sekarang ni ada sesetengah pihak yang suka ambil kesempatan..korang tau tak berapa income seorang pengemis jalanan dalam masa sebulan..lebih kurang mencecah beribu-ribu ringgit..banyakkan??kadang-kadang diorang ni ada ejen..kat kawasan rumah aku da berapa ramai da aku jumpa orang macam ni..
Kesian tu memang la kesian..Teringat aku time kat pasar malam..niat dihati memang nak kasi sedekah kat sorang hamba Allah ni..tapi bila tengok sederet pasar malam tu orang yang sama minta sedekah(orang buta la tak un cacat)..terus tak jadi..huhu..bukannya kedekut ke ape..tapi cuba korang fikir daripada bagi kat diorang nasib baik la bagi kat tabung-tabung masjid/surau,tukang cuci tandas ke pusat kebajikan or anak yatim ke..lagi bagus daripada bagi kat orang yang hanya meminta-minta ni..sekurang-kurangnya wang tu boleh la disalur melalui saluran yang betul..
Ni ada satu cerita lagi,mak long aku time tu kat rumah la,tetiba ada la seorang hamba Allah ni datang ke rumahnya minta sumbangan untuk dirikan sekolah maahad tahfiz..sambil tu dia ada la jual buku2 agama..lepas tu,bila mak long aku tengok je muka dia terus tak jadi,sebabnya kat hidung dia tu ada tindik subang..tak ke pelik namanya tu..ok aku tanya korang apa hukum sekiranya seseorang muslim itu menindik subang dihidung??ha jawab-jawab...kalau tak tahu cari jawapan sendiri..
Tapi yang aku sedihnya majoriti pengemis di Malaysia ni terdiri daripada orang Islam sendiri..apa la pandangan orang kafir terhadap agama kita ni..Diorang ni hanya memburukkan imej Islam je..tu pendapat aku la..sebenarnya banyak je lagi kerja halal yang boleh dibuat cuma diorang ni nak senang je minta2 kat orang..timbulkan la perasaan malu tu siket..
Kadang-kadang aku faham la juga,ada sesetengah orang tu dia terpaksa wat kerja2 camni,tapi di manakah peranan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan pemerdagangan orang??Nampaknya aktiviti seperti ini semakin menjadi-jadi lagi ade la ,bukannya semakin berkurang seperti yang diharapkan..haish..ok tu je la..bukannya nak kutuk tapi kenyataan..mana2 pihak yang terasa minta maaf eh..memberi sedekah ni tak salah malah sangat digalakkan dalam Islam..sebenarnya,banyak lagi benda lain yang boleh kita sumbangkan,tak semestinya dengan duit,right..
betol2... tapi sangat kasihan dengan budak2 yang terlibat dengan sindiket ni... mcm drama2 kat tv uh... nanti balik dorg kene lapor kat kepala sindiket uh berapa hasil diorang untuk hari ni..
ReplyDeletetak salah kita bersedekah kat diorang... kita bersedekah dengan ikhlas dah dikira membersihkan harta... tentang apa yang org tu akn buat itu diluar kekuasaan kita.. kalau niat kita baik, insyaAllah diterima... lagipun kesian la jugak tengok adik2 kecik atau orang2 tua tu berjalan jauh2... kita bg depa happy cket pun jadilah... ^^ kalau rasa waswas jugak hulur seringgit dua pun cukup .
rabbi tammim bil khayr